Asyraf Wajdi ucap tahniah kepada Dr. Akmal

Asyraf Wajdi ucap tahniah kepada Dr. Akmal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Salleh didakwa memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baharu dalam Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berdasarkan keputusan tidak rasmi menerusi satu hantaran Facebook dimuatnaik sebentar.

“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk Sesi 2023-2026.

“Setakat ini undi yang diperolehi 102 Bahagian, melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian. Tahniah!,” katanya.

Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi mendakwa Dr. Akmal meraih 102 undi manakala dua lagi pencabar iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah masing-masing 15 dah enam undi.

Bagaimanapun keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) menunjukkan Dr. Akmal setakat kini memperoleh 36 undi.

Malah pemerhatian Facebook Dr. Akmal mendapati ramai mengucapkan tahniah kepadanya di atas kemenangan itu.

Kedudukan Ketua Pemuda UMNO kosong setelah Asyraf Wajdi mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya