Aspek keselamatan negara tidak boleh dilonggarkan - PDRM

Aspek keselamatan negara tidak boleh dilonggarkan

ACRYL Sani Abdullah Sani (dua kanan) bersama Idris Abdullah (dua kiri) dan Jauteh Dikun (kanan) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melonggarkan langkah-langkah keselamatan di perairan pantai timur Sabah biarpun keadaan keselamatan sekarang agak tenang dan terkawal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ketenangan yang dialami hari ini bukan petanda pasukan keselamatan boleh melonggarkan kawalan keselamatan yang telah dipelihara sepanjang tempoh 10 tahun sejak penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau berkata, pasukan keselamatan tidak boleh bersikap sambil lewa sebaliknya, perlu menunjukkan kepada pihak tertentu bahawa tiada kompromi dan tolak ansur terhadap aspek keselamatan negara.

“Kawasan pantai timur Sabah bukan hanya terdedah kepada pelbagai ancaman yang sering berlaku di sempadan malah, kita berhadapan tuntutan pihak-pihak tertentu yang sentiasa akan menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.

“Maka, pihak berkuasa akan terus lipatgandakan usaha agar kita tidak terjebak atau terperangkap dalam keadaan kita tidak bersiap sedia,” katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Menurut beliau, antara langkah diambil bagi meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini adalah dengan menambah dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu di Kunak dan Nabawan.

Jelasnya, tambahan itu akan menjadikan bilangan batalion PGA Sabah meningkat daripada lima kepada tujuh batalion.

“Tambahan itu dilakukan dengan mengambil kira faktor perkembangan infrastruktur dan ekonomi negara jiran terdekat yang kita dapati akan membangunkan ibu negara yang baru.

“Ini sudah pasti akan memberi impak kepada situasi keselamatan negara,” katanya.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya