Anwar dendangkan lagu Allahyarham P. Ramlee untuk Wan Azizah

Anwar dendangkan lagu Allahyarham P. Ramlee untuk Wan Azizah

ANWAR Ibrahim semasa menyanyikan lagu untuk Wan Azizah Wan Ismail semasa majlis makan malam di Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dendangan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk ‘Azizah’ memeriahkan lagi acara Majlis Makan Makan Perdana Menteri bersama anggota Kabinet Negeri Sabah di sini, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendendangkan lagu tersebut khas buat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang bersama-sama hadir dalam majlis berkenaan.

Majlis makan malam santai itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.

Yang hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Majlis makan malam itu diadakan sempena lawatan kerja pertama Perdana Menteri itu ke Sabah. 

Sebaik sahaja tiba semalam, beliau menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan persekutuan di Sabah.

Hari ini, Anwar dijadualkan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebelum meneruskan lawatan kerja ke negara jiran, Filipina. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya