Anak-anak baik-baik sahaja - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Anak-anak baik-baik sahaja – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah memaklumkan anak-anaknya berada dalam keadaan baik di bawah jagaannnya dan tidak terganggu oleh persekitaran toksik yang sedang berlaku.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jelas Puteri Sarah, kemelut yang sedang berlaku di antara dia dan suaminya, Saymsul Yusof tidak seharusnya memberi impak kepada kesihatan mentalnya dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah, anak-anak okay. Saya cuma mahu fokus kesihatan mental saya dan anak-anak. Itu yang penting.

“Saya tak mahu diri sendiri dan anak-anak berada dalam persekitaran toksik,”katanya.

Semalam, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan nusyuz itu adalah Puteri Sarah dikatakan berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang.

Sarah juga dikatakan meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia tidak terkejut dengan tindakan suaminya melontarkan dakwaan tersebut dan menunggu ‘bukti-bukti’ mengesahkan dakwaan tersebut dihantar ke mahkamah.

“Saya tak boleh nak beri komen sangat sebab kes ini masih dalam mahkamah. Cuma kita tunggu sahajalah lampiran bukti untuk menyokong dakwaannya itu.

“Saya tidak terkejut pun apabila dimaklumkan tentang dakwaan tersebut. Saya cuma mahu cerai, itu sahaja,”katanya.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga sejak 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya