Amaran hujan lebat di 4 negeri sehingga esok

Amaran hujan lebat di 4 negeri sehingga esok

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan lebat tahap bahaya dijangka berterusan sehingga esok di empat negeri.

MetMalaysia berkata, empat negeri yang dijangka menghadapi keadaan tersebut ialah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Bagi Pahang, kawasan-kawasan yang dijangka menghadapi hujan berterusan yang berada di tahap bahaya adalah Bera, Pekan dan Rompin.

“Kawasan-kawasan lain di Pahang yang dijangka menghadapi hujan berterusan di tahap buruk adalah Jerantut,  Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, antara kawasan yang dijangka menghadapi hujan berterusan di tahap waspada pula adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Di Perak melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub antara kawasan di Pahang yang dijangka menghadapi keadaan tersebut. Selain itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN