Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita

Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada bapa saudara yang mengatakan rumah arwah mak saya sudah mendapat perintah pihak mahkamah untuk disita.

“Jadi saya peliklah, ini harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.”

Itu luahan pelawak, Ali Puteh, selepas menerima notis mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad di Gombak, Selangor.

Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, harta milik arwah ibunya dengan hutang RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali yang masih tertunggak adalah dua perkara berbeza.

“Saya pelik, kenapa kaitkan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arwah abang sebanyak RM60,000 itu.

“Rumah tersebut adalah atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ini ada anak kecil.

“Dengan surat bercop dari mahkamah, benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan kes ini berlainan,” katanya dalam temubual bersama Melodi, TV3, semalam.

Berhubung ganti rugi RM60,000 itu, Ali mengaku belum melunaskan sebarang pembayaran kepada Norhidayah disebabkan pendapatan yang tidak menentu.

“Ramai tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran sebab kes ini, pendapatan saya dah tak macam dulu.

“Bukannya saya menolak untuk bayar RM60,000 itu, saya akan cuba bayar juga. Cuma saya tak boleh nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung. Mungkin kita cuba bayar secara ansuran,” luahnya.

Disember lalu, Ali gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan dirinya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya