Alhamdulillah, masih ramai yang sayang - Bella Astillah terima teguran berpakaian seksi - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, masih ramai yang sayang – Bella Astillah terima teguran berpakaian seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK keterlaluan sekiranya penulis ‘angkat’ penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 29, sebagai antara selebriti yang paling banyak disebut-sebut sepanjang tahun lepas.

Rantaian cerita sensasi, dari konflik rumah tangga, gangguan orang ketiga dan menjadi mangsa sihir pemisah membuatkan nama anak kelahiran Sabah ini acap kali terpampang di media elektronik dan arus perdana.

Terbaru, Bella dikritik pula gara-gara cara berpakaian. Pantas netizen melayangkan teguran, kononnya cara penampilan Dayang Nabellah Awang Astillah semakin berani, mencolok mata.

Perkara itu tidak pula dinafikan, tidak juga diiyakan Bella. Tenang menjawab tohmahan, Bella bukan sahaja sedia memperbaiki kesilapan, malah turut menghargai segala teguran yang dilayangkan.

“Saya terima semua teguran yang ditujukan kepada saya dengan hati terbuka. Kesilapan datang dari diri saya sendiri.

“Alhamdulillah, masih ramai yang sayang. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian,” katanya.

Bella, dalam pada itu, meminta netizen agar tidak mengheret suaminya Aliff Aziz dalam isu tersebut. Baginya, kesilapan datang dari diri sendiri, tiada kaitan dengan pihak lain.

“Bahkan, saya banyak mendapat kebaikan daripada penghijrahan suami. Saya harap netizen mendoakan kebaikan yang sama untuk saya,” jelasnya.

Aliff letak syarat, itu antara saya dan dia

Tidak banyak yang dikongsikan Bella tentang tuntutan suaminya, Aliff terhadap cara berpakaiannya.

Yang pasti, kata Bella, Aliff tidak mengabaikan peranan, malah tampil menasihatkan kebaikan buatnya.

“Memang Aliff ada letak syarat, itu antara saya dengan dia. Alhamdulillah, dia banyak menasihatkan saya,” katanya.

Kata Bella lagi, dia bersyukur kerana Tuhan menjentik hati sedikit demi sedikit untuk menjadi wanita Muslim yang lebih baik dengan mencontohi penghijrahan suami.

“Saya, sedikit sebanyak terikut sama dengan penghijrahan dalaman diri yang dia lalui.

“Ada aktiviti yang kami amalkan bersama, contoh membaca Al-Quran bersama-sama.

“Saya harap masyarakat mendoakan yang baik-baik untuk rumah tangga kami. Insya-Allah, kelemahan yang ada akan kami perbaiki,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya