Ahli Parlimen boleh pilih kerajaan lain - Tun M

Ahli Parlimen boleh pilih kerajaan lain – Tun M

TUN Dr. Mahathir Mohamad berpendapat jika kerajaan sedia ada tidak mampu mentadbir dengan baik, maka Ahli Parlimennya boleh menjatuhkan kerajaan itu dan memilih kerajaan yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat jika kerajaan sedia ada tidak mampu mentadbir dengan baik, maka ahli Parlimennya boleh menjatuhkan kerajaan itu dan memilih kerajaan yang lain.

Menurutnya, situasi itu pernah berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan tindakan itu tidak melanggar undang-undang.

“Pada masa itu, UMNO tidak puas hati dan tarik sokongan menyebabkan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung cakap-cakap politik yang mengaitkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar tidak mampu untuk mentadbir kerajaan sehingga habis penggal.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keyakinannya terhadap kemampuan Kerajaan Madani menyelesaikan masalah orang Melayu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak yakin kerajaan sedia ada mampu melakukannya.

“Saya tidak yakin sama sekali. Perlembagan kita menyebut bahawa Tanah Melayu ini adalah milik orang Melayu. Melayu ini adalah orang asli kepada negara ini tetapi sekarang ini orang Melayu tak boleh dakwa negara ini milik orang Melayu.

“Sebaliknya ia negara semua kaum dan sesiapa yang bercakap berkenaan orang Melayu itu merupakan satu hasutan dan anti kaum,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN