Aaron jom jumpa - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Aaron jom jumpa – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan isu pengguguran nama dalam senarai barisan pelakon filem Original Gangster.

Katanya, dia bersikap terbuka sekiranya atas urusan mahu berbaik-baik semula ataupun mengenai projek filem akan datang.

“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya.

Malam tadi, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah tersebut enggan berjumpa sedangkan segala permintaan supaya dirinya ‘buat badan’ sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya