Aaron Aziz mohon maaf bagi pihak Singapura - Utusan Malaysia

Aaron Aziz mohon maaf bagi pihak Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aaron Aziz meminta agar insiden melibatkan pelakon, Kamal Adli yang parah dipukul di Singapura tidak diperbesarkan.

Kata Aaron, dia berharap perkara itu selesai mengikut lunas undang-undang dan mendoakan Kamal dan isteri, Uqasha Senrose berada dalam keadaan baik.

“Saya bukan nak masuk campur, orang itu (pelaku) sudah ditangkap. Saya nak tolong Kamal dan Uqasha yang dalam keadaan trauma.

“Harap kes ini tidak terus diperbesarkan dan mohon rakan-rakan di Malaysia jangan marah. Ramai artis Singapura di Malaysia. Diharapkan tiada insiden balas dendam.

“Bagi pihak (Singapura), saya mohon maaf. Saya sedih dengan apa yang menimpa Kamal. Saya doakan dia dan Uqasha dalam keadaan baik,” katanya menerusi sebuah video di Instagram.

Kamal pada 13 Mac lalu cedera dipukul lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan cota ketika hadir ke sebuah acara di Singapura.

Lelaki tersebut, dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 33, didakwa di mahkamah Singapura hari ini.

Dia bagaimanapun akan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk tempoh dua minggu dan diletakkan dibawah pemantauan pakar.

Dalam pada itu, Kamal, menerusi hantaran di Instagram memaklumkan keadaannya stabil namun perlu terus dirawat di sebuah hospital Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya