334,426 murid, pelajar mula sekolah di Kedah

334,426 murid, pelajar mula sekolah di Kedah

ROZAINI Ahmad beramah mesra bersama murid-murid ketika Pembukaan Penggal Baharu Persekolahan Sesi 2023 di SK Taman Uda, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sejumlah 334,426 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2023-2024 di 752 sekolah seluruh Kedah, hari ini.

Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 30,613 murid memasuki alam persekolahan di 548 sekolah rendah sementara 13,667 murid lagi di peringkat pra-sekolah.

Tambahnya, sejumlah 29,240 pelajar pula mendaftar masuk ke 204 sekolah menengah termasuk 154 sekolah menengah kebangsaan (SMK) pada sesi persekolahan Kumpulan A itu.

“Dalam persiapan sebelum ini kita mengadakan empat sesi perjumpaan dengan pengurusan tertinggi serta melibatkan semua guru besar dan pengetua dengan hasrat pembukaan sekolah di Kedah berjalan baik dan selesa.

“Kerana apa yang penting, masyarakat dan ibu bapa yakin nak hantar anak-anak mereka ke sekolah. Kita juga tinjau persiapan sekolah dan keadaan fizikalnya adalah baik,” katanya dalam sidang akhbar sempena pembukaan sesi itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, hari ini.

Kata Rozaini, pihaknya amat yakin dengan kombinasi antara jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir sekolah yang akan memberi keselesaan kepada guru sekali gus memanfaatkan pelajar.

Mengulas lanjut katanya, persekolahan kali ini melibatkan 687 sekolah bagi sesi pagi, dua (petang) dan 63 (pagi dan petang).

Dalam perkembangan berkaitan, JPN turut menempatkan seramai 149 guru baharu di sekolah menengah, sementara 27 guru di sekolah rendah bermula esok untuk melancarkan operasi pembelajaran.

“Sebanyak 149 guru itu termasuk 65 adalah bagi opsyen bahasa Inggeris. Sementara di sekolah rendah pula sebanyak 10 guru. Dengan kehadiran mereka diharap dapat membantu pembelajaran pelajar dalam bahasa Inggeris,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya