29 peratus ketua UMNO bahagian muka baharu

29 peratus ketua UMNO bahagian muka baharu

SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan dua muka baharu Naib Presiden UMNO setelah masing-masing berjaya dalam persaingan tiga kekosongan jawatan itu dalam pemilihan parti semalam.

Seorang lagi calon, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kekal sebagai Naib Presiden apabila mendapat 114 undi iaitu berada kedudukan kedua selepas Wan Rosdy (124 undi) manakala Johari pula memperoleh 107 undi.

Perkembangan itu menyaksikan calon Naib Presiden lain iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohammad termasuk penyandang, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas bagi merebut jawatan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad berkata, meskipun terdapat empat bahagian daripada 191 kawasan belum mengadakan pemilihan, namun perkara itu tidak mengubah kedudukan ketiga-tiga kemenangan itu berbanding tujuh calon lain.

Katanya lagi, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing sah dimenangi Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Datuk Seri Dr. Abdul Fatah Abdullah apabila kedua-dua memperoleh jumlah besar berbanding pesaing mereka.

“Berkenaan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pula, saya boleh katakan calon berada pada kedudukan nombor satu sehingga 20 selesa untuk menang, manakala selebihnya mungkin berubah memandangkan empat bahagian belum mengadakan pemilihan di samping perbezaan dilihat kecil.

“Dengan melihat senarai calon menang MT, banyak muka baharu yang membabitkan mereka kali pertama bertanding,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden setelah kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti kali ini.

Dalam pada itu, Shahrir memaklumkan, 54 ketua UMNO bahagian atau 29 peratus adalah merupakan muka baharu sekali gus memperlihatkan berlaku perubahan di peringkat akar umbi UMNO di seluruh negara.

“Perubahan ini bukan sahaja berlaku satu negeri sahaja, tetapi semua negara misalnya Melaka dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan empat Bahagian UMNO masih tidak menghantar keputusan pemilihan MT dan bahagian iaitu Tanah Merah, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Beluran.

Justeru katanya, pengiraan kertas undi setakat kini melibatkan 187 bahagian sahaja.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.