PERSATUAN Veteran Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (VJLJD) Negeri Kedah mengadakan mesyuarat agung kali ke-6 di Dewan Garden Station Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Seramai 200 ahli persatuan hadir pada mesyuarat tersebut.
Setiausaha persatuan itu, Kapten (B) Harun Karim berkata, sempena mesyuarat kali ini, seramai tujuh orang balu VJLJD telah menerima sumbangan hamper disampaikan oleh Presiden Persatuan VJLJD Kebangsaan, Leftenan Kolonel Ir. Azahan Mohamad Sufian.
Katanya, kehadiran ramai ahli itu dapat mengeratkan hubungan baik dengan pemimpin persatuan VJLJD dari negeri-negeri lain.
Turut hadir Yang Dipertua Persatuan VJLJD negeri Kedah, Inelis Mahmod; Yang Dipertua Persatuan VJLJD negeri Perak; Abdul Wahab Abdullah, Yang Dipertua Persatuan VJLJD negeri Pulau Pinang, Kardi Abdullah Isa dan Yang Dipertua Persatuan VJLJD negeri Perlis, Abu Bakar Karim.
