14 kraf warisan Malaysia dipamer di London

14 kraf warisan Malaysia dipamer di London

TUNKU Hajah Azizah Maimunah Iskandariah berkenan menunjukkan koleksi barangan kraftangan peribadi dalam sidang akhbar mengenai Minggu Kraf London di Istana Negara, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kraftangan daripada Malaysia bakal dipersembahkan di program pameran anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja sempena Minggu Kraf London 2023 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di 45, Belgrave Square, London dari 6 Mei hingga 14 Mei ini.

Antara kraf tersebut adalah Telepuk Terengganu oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah, anyaman pandan dari kaum Semelai, anyaman pandan Mahmeri, topi Sarawak dan anyaman tikar Sabah.

Pameran itu turut menampilkan demonstrasi pembuatan kraf daripada tujuh usahawan tempatan selain lima bengkel interaktif pembuatan kraf seperti ikat Iban, bunga Moyang, bakul Sarawak, Keringkam dan Manik.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah bertitah, pameran tersebut mermberi fokus kepada mengenalkan produk kraf tempatan iaitu barangan tradisional orang Melayu, Orang Asli, Sabah dan Sarawak.

“Tema pameran adalah penceritaan rakyat Malaysia melalui kraf kerana ini adalah warisan turun temurun daripada nenek moyang kita. Kita perlu memuliharanya supaya kekal untuk generasi pada masa akan datang,” titah baginda dalam sidang akhbar di Istana Negara, hari ini.

Baginda bertitah, pameran tersebut turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Luar Negeri dan Yayasan Al-Bukhary.

Pameran tersebut dijangka menerima sekitar 5,000 pengunjung iaitu melebihi tahun lalu yang berjaya merekodkan 3,000 pengunjung terdiri daripada individu kenamaan, pereka fesyen, pelajar dan pelbagai lagi.

Pameran tersebut bukan sahaja diadakan untuk memperkenal kraf warisan negara kepada pasaran antarabangsa tetapi jmembuka peluang perniagaan kepada pengusaha seperti berkaloborasi bersama pereka antarabangsa lalu sekali gus menjana pendapatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya