10,660 permohonan baharu tanah TOL di Perlis - Utusan Malaysia

10,660 permohonan baharu tanah TOL di Perlis

MOHD. Shukri Ramli menjawab soalan dalam sidang DUN di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sejumlah 10, 660 permohonan baharu bagi lesen pendudukan sementara (TOL) diterima oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri bagi tempoh bermula 2008 sehingga 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,633 permohonan telah didaftarkan hak milik kepada pihak yang mengusahakan tanah-tanah berkenaan.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, berdasarkan rekod terkini PTG negeri, terdapat sekitar 7,027 permohonan bagi lesen TOL masih belum diselesaikan atas beberapa faktor.

“Antara faktor-faktor yang menyebabkan permohonan ini masih belum diselesaikan adalah membabitkan kekangan bilangan anggota bertugas serta fasiliti kemudahan alat ukur dan dron di mana fasiliti canggih ini telah diguna pakai bukan sahaja di PTG negeri, malah di Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) negeri lain.

“Selain itu terdapat juga permohonan yang tidak mematuhi syarat kelayakan, pertindihan permohonan dan permohonan yang tidak mendapat persetujuan waris sehingga menyebabkannya tidak dapat diproses,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Mohd Ridzwan Hashim (PN-Guar Sanji) berhubung jumlah permohonan tanah TOL dari tahun 2008 sehingga tahun 2021 dan bilangan permohanan yang telah diberi hak miliki geran di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui kertas MMK Bil. 266/2014 telah memutuskan agar pemegang lesen Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang mengusahakan tanah tersebut melebihi tempoh sepuluh tahun layak untuk dipertimbangkan bagi memiliki tanah kerajaan.

“Permohonan yang lengkap dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan layak diproses untuk pemberimilikan.

“Berdasarkan Piagam pelanggan PTG Perlis telah menetapkan tempoh bagi pemprosesan hak milik adalah empat bulan dari tarikh permohonan dan tempoh ini tertakluk kepada dokumentasi yang lengkap, kesediaan pemegang lesen untuk hadir proses ukur tanah dan kesediaan kewangan pemegang lesen untuk membayar premium tanah berdasarkan nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),” katanya.

Di samping itu, Mohd Shukri berkata, sebagai langkah proaktif bagi memastikan kesediaan pemegang lesen membuat bayaran premium, kadar itu akan dimaklumkan lebih awal kepada pihak terlibat iaitu semasa pengisian borang pemilihan tahun bagi pajakan mukim.

Tambahnya, JTG Perlis turut menyediakan dan membekalkan senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan untuk rujukan pemegang lesen bagi memudahkan proses permohonan hak milik.

“JTG negeri juga turut menyediakan jadual temu janji yang fleksibel bagi memudahkan dan melicinkan proses permohonan geran,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.