Zarina Anjoulie, bekas tunang berdamai - Utusan Malaysia

Zarina Anjoulie, bekas tunang berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konflik antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, berakhir selepas lelaki itu tampil membuat permohonan maaf di media sosial, semalam.

Khazrul menerusi video yang dimuat naik di TikTok membuat permohonan maaf tersebut dan berharap persengketaan antara mereka diselesaikan cara baik.

“Saya mohon maaf kepada keluarga Anju, khususnya daddy dan mommy. Saya berharap masalah antara kami selesai pada hari Jumaat yang barakah.

“Kepada Anju, saya memohon maaf kerana terkhilaf. Saya manusia dan tidak sempurna. Semoga Anju berjaya dan jangan lupa saya masih berhutang Starbucks dengan awak,” tulisnya.

Tindakan itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya tampil memohon maaf kepada keluarganya, selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah.

Ia susulan Khazrul membuat pengakuan memiliki gambar bogel Zarina serta memetik tentang kes dadah melibatkan pelakon tersebut.

Zarina dalam pada itu, menyambut baik permohonan maaf tersebut dan berharap persengketaan antara mereka segera dileraikan.

Pada masa sama, dia juga berharap hubungan dengan bekas tunangnya itu kembali pulih seperti sebelum ini.

“Terima kasih Khazrul atas permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini,” ujarnya di TikTok.

Respons pelakon itu telah dimuatnaik Khazrul di TikToknya.

Selain itu, Zarina turut memaklumkan, dia mengalu-alukan hubungan mereka dapat pulih seperti sedia kala tanpa melibatkan kedua ibu bapanya yang sebelum ini terkesan dengan fitnah mengaibkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN