PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini.
Ini selepas beliau menyatakan hasrat untuk menghantar borang pencalonan.
“Esok saya akan serahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi MKT,” katanya dalam media sosial.
Mengulas lanjut, beliau telah menyatakan hasrat untuk bertanding kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Saya menawarkan diri kerana tidak ada orang yang bercakap mengenai keadilan kalau ada yang bercakap mereka dulu pembangkang, dalam kerajaan dah lupa. Jadi, saya nak bela keadilan.
“Ada proses perundangan yang tidak betul, jadi kalau saya dalam MKT, mungkin dapat mempengaruhi UMNO dan kerajaan supaya dapat buat perubahan sebenar terhadap proses dan undang-undang. Keadilan ditegakkan untuk semua,” katanya.
Zaid kembali menyertai semula UMNO pada 16 September 2022 setelah keluar daripada DAP pada 2020. – UTUSAN










