Warga Pakistan cuba terjun diselamatkan bomba

Warga Pakistan cuba terjun diselamatkan bomba

WARGA Pakistan yang cuba terjun dari sebuah hotel diselamatkan bomba di Jalan Tun Sambanthan, ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan yang cuba terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Jalan Tun Sambanthan dekat sini, diselamatkan anggota bomba hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 3.04 petang, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Ahmad Shapri Mohd. Sham berkata, keluaran pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dengan kekuatan 14 anggota.

Menurutnya, setibanya jentera bomba di lokasi kejadian pada pada 3.14 petang terdapat seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun cuba terjun di tingkat empat.

“Bomba mengambil masa 19 minit memujuk mangsa sebelum diselamatkan.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN