Tunggang motosikal dalam keadaan curiga sebab bawa dadah

Tunggang motosikal dalam keadaan curiga sebab bawa dadah

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang penunggang yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Dataran C180 Bandar Tun Hussien Onn, dekat sini membongkar penemuan 81 peket dadah hari ini.

Suspek berusia 32 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki tempatan itu ditahan untuk pemeriksaan ketika rondaan cegah jenayah anggota Balai Polis Batu 9 kira-kira pukul 7 petang.

Menurutnya, pemeriksaan pada suspek menemukan 31 peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis syabu dan 50 peket berisi dadah heroin.

“Dianggarkan jumlah rampasan kedua-dua jenis dadah ini bernilai RM2,740.

“Suspek dipercayai adalah tokan dadah yang aktif sejak enam bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Katanya, suspek kini direman enam hari sehingga Isnin depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah Mohd Zaid, kerjasama orang ramai sangat diperlukan khususnya dalam daerah Kajang bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah atau jenayah dengan menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.