Tujuh calon tawar diri Naib Presiden UMNO

Tujuh calon tawar diri Naib Presiden UMNO

REEZAL Merican Naina Merican menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden UMNO di Menara Dato Onn.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merupakan individu ketujuh yang menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada bulan depan.

Reezal Merican mengambil keputusan bertanding kerana mahu memperkukuhkan UMNO setelah mengalami kekalahan dalam dua siri pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu kemudian melahirkan kebimbangan jika tidak ramai menawarkan diri dalam pemilihan UMNO 2023.

“Namun ada bahagian yang (pertandingan) tiga empat penjuru. Alhamdulillah ramai nak menggalas amanah jawatan penting dalam parti,” katanya selepas menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden di Menara Dato Onn hari ini.

Selain Reezal Merican, terdapat enam calon menawarkan diri sebagai Naib Presiden antaranya Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain mereka, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di samping dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bagaimanapun seorang lagi penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatan ataupun tidak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya