Tidak wajar berarak timbul salah faham Islam

Tidak wajar berarak timbul salah faham Islam

SEBAHAGIAN peserta program Himpit 2023 berarak membawa replika pedang, perisai dan lembing di Setiu, Terengganu. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak menyertai dan terbabit dalam perarakan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketidakharmonian masyarakat.

Itu nasihat diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular beberapa gambar memaparkan satu program perhimpunan pemuda dalam media sosial, hari ini.

Mohd Na’im berkata, perarakan tersebut menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan dalam masyarakat.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara. Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan,

Katanya, semua pihak adalah bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat yang mana apa-apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan yang berkaitan sekiranya penganjur menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya.

Media hari ini melaporkan, perarakan pemuda itu dikenali sebagai Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) yang berlangsung di Setiu, Terengganu, Jumaat lalu itu.

Pada program itu, perserta berarak menggunakan replika pedang, lembing dan perisai sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang turut mengaitkannya dengan keganasan dan provokasi.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa dilaporkan berkata, pihaknya sedia untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu. Difahamkan, Program Himpit itu menghimpunkan seluruh jentera pemuda Pas Terengganu yang diadakan sejak 1991 lagi dan menjadi acara tahunan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya