Tidak patuh pengurusan kewangan, negara rugi lebih RM150 juta

Tidak patuh pengurusan kewangan, negara rugi lebih RM150 juta

NIK Azman Nik Abdul Majid menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 di Kompleks F, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)Tahun 2021 Siri 2 mendedahkan ketidakpatuhan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan berlaku isu kehilangan atau kerugian wang awam, pembayaran tidak teratur dan pembaziran berjumlah RM158.08 juta.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, ia adalah hasil pengauditan berhubung pematuhan kementerian dan jabatan Persekutuan dengan tujuh tajuk pengauditan pematuhan dilaksanakan di tiga kementerian dan empat jabatan Persekutuan dengan jumlah semakan audit berjumlah RM1.127 bilion.

Kata beliau, pengauditan dibahagikan kepada kategori Terimaan dengan jumlah semakan RM78.86 juta dan kategori Bayaran dengan jumlah semakan sebanyak RM1.048 bilion.

“Isu yang melibatkan kehilangan atau kerugian wang awam adalah sejumlah RM116.95 jtua, pembayaran tidak teratur sejumlah RM26.03 juta dan pembaziran sebanyak RM15.10 juta.

“Ketua Audit Negara mengemukakan 22 syor untuk tindakan penambahbaikan oleh kementerian dan jabatan persekutuan yang berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar berhubung laporan itu  yang diterbitkan hari ini.

Menurut beliau, pengauditan prestasi terhadap aktiviti kerajaan bertujuan menilai sama ada aktiviti, projek atau program kerjaaan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif yang ditetapkan tercapai.

Ia juga menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan tanpa berlaku pemborosan dan pembaziran serta kerajaan mendapat nilai terbaik bagi kewangan yang dijalankan selaras Perenggan 6 (d), Akta Audit 1957 serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 3000 dan 3100.

LKAN turut mengeluarkan 13 naskhah peringkat negeri mengenai auditan khas pengurusan hutan dan impak kepada alam sekitar, aktiviti kementerian, jabatan atau agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri serta pengauditan pematuhan kementerian, jabatan atau agensi negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.