Tiada warga Malaysia di Syria terjejas tempias gempa Turkiye

Tiada warga Malaysia di Syria terjejas tempias gempa Turkiye

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terkorban akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud di Adana, Syria. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan tiada warga Malaysia di Syria terjejas ekoran tempias gempa yang dahsyat dari Turkiye semalam.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, beliau memaklumkan perkara itu disahkan sendiri pejabat Konsul Kehormat Malaysia di ibu kota, Damsyik kepada pihak Wisma Putra.

“Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang masih berada di Syria dinasihatkan kekal tenang dan mengikuti segala perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Semalam, gempa berukuran 7.8 skala Magnitud melanda barat bandar raya Gaziantep di Turkiye berdekatan sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia) dengan lebih 3,400 orang maut dan 20,500 lagi cedera di Turkiye, manakala lebih 1,600 pula disahkan terbunuh dan 3,600 lagi cedera di sekitar Syria.

Mengulas lanjut, Zambry menambah, kerajaan Malaysia ketika ini sedang memantau rapi perkembangan bencana terburuk dalam sejarah Turkiye itu termasuk di negara jiran, malah kumpulan pertama seramai 75 anggota dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dihantar ke Turkiye untuk misi di negara tersebut.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia turut menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa gempa di Syria dan berdoa agar mereka terus tabah,” jelasnya.

Berhubung bantuan konsular, meskipun Wisma Putra sudah menutup kedutaan besar di Damsyik, warga Malaysia boleh berhubung dengan pejabat Konsul Kehormat di sana menerusi talian telefon +963 93324 5555 atau mengajukan terus kepada e-mel rasmi pejabat iaitu [email protected].

Selain itu, rakyat Malaysia di Syria yang memerlukan bantuan kecemasan turut boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan Amman, Jordan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya