Tiada unsur sabotaj kes curi kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak - Utusan Malaysia

Tiada unsur sabotaj kes curi kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan tiada unsur sabotaj dalam insiden pecah masuk di Stadium Perak membabitkan kecurian kabel dan komponen lampu limpah, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, rakaman percakapan beberapa saksi telah diambil termasuk pemeriksaan di premis barang lusuh.

“Siasatan masih lagi diteruskan dimana pihak polis telah menghantar beberapa sampel barang kes ke pejabat kimia utk dianalisis.

“Siasatan setakat ini mendapati, tiada unsur sabotaj,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) mengalami kerugian RM135,000 selepas bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk, Selasa lalu.

Dalam kenyataannya, MBI berkata, kejadian itu disedari ketika pihaknya membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim ini.

Katanya, pasukan selenggara telah mendapati bilik High Mast Pole No 3 di pecah masuk.

“Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN