Tiada laporan minuman berperisa mengandungi dadah

Tiada laporan minuman berperisa mengandungi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman berhubung sejenis minuman berperisa yang didakwa mengandungi dadah seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Urusetia Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, JSJN juga tidak pernah membuat siasatan serta rampasan minuman berkenaan.

Sementara itu, Jurucakap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkata, pihaknya sudah membuat belian minuman tersebut.

“Belian berkenaan adalah sebagai ‘test buy’ bagi mengesahkan mesej yang diviralkan berkenaan.

“Setakat ini, ujian yang dijalankan pada minggu lalu itu didapati negatif dan tidak terkesan unsur dadah seperti yang ditularkan,”jelasnya.

Terdahulu, tular satu mesej berserta gambar menyatakan minuman berkenaan mempunyai dadah.

Dalam mesej itu turut mendakwa terdapat pelajar yang positif dadah selepas mengambil minuman berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.