Tak perlulah dibanding-bandingkan dengan Meerqeen - Hun Haqeem - Utusan Malaysia

Tak perlulah dibanding-bandingkan dengan Meerqeen – Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, 25, menolak persepsi dia sering dibayangi rakan seangkatannya, Meerqeen apabila mereka kerap digandingkan dalam beberapa produksi drama.

Kata anak kelahiran Sarawak ini, persamaan yang dikatakan wujud antara mereka tidak membuatkan dia berasa dibayangi pelakon berkenaan.

“Kami kenal agak lama, malah langkah awal Meerqeen dalam bidang lakonan juga menerusi drama yang turut saya bintangi.

“Saya terima apabila ada yang menganggap kami mempunyai persamaan, termasuk dikatakan memiliki wajah hampir sama.

“Tetapi, saya dan Meerqeen punya banyak perbezaan. Kami tidak sama. Alhamdulillah, peminat kami dapat melihat perbezaan itu,” katanya.

Hun dan Meerqeen pernah digandingkan dalam drama Angkara Cinta, malah terbaru, mereka kembali disatukan menerusi produksi Nenek Bongkok Tiga yang ditayangkan di platform Viu.

Hun juga menyedari, disebabkan persamaan itu juga, dia dan Meerqeen sering dibanding-bandingkan peminat.

Jelas Hun, dia tidak mengambil pusing perkara tersebut dan menganggapnya sebagai lumrah dunia hiburan.

“Memang kami sering dibanding-bandingkan. Tetapi, saya anggap itu perkara normal sebagai penggiat seni.

“Jujur saya katakan, saya bangga dengan pencapaian Meerqeen sebagai pelakon. Industri seni kita kecil, lambat-laun kami akan dipertemukan juga selepas ini. Jadi tidak perlulah kami dibanding-bandingkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya