Tak mahu esok lusa orang berhenti guna khidmat saya - Aubrey Suwito - Utusan Malaysia

Tak mahu esok lusa orang berhenti guna khidmat saya – Aubrey Suwito

KUALA LUMPUR 26 Jan 2023 -Penyanyi, Dayang Nurfaizah bersama Pengarah Urusan Music Universal, Kim Lim (kiri), Pengarah A&R and Marketing, Hermond Cheng (tengah), pengarah muzik dan komposer terkenal, Aubrey Suwito (dua dari kanan) dan Head Def Jam Recordings Malaysia, Brendan Chan ketika majlis pra-pelancaran album Belagu 2 di Kuala Lumpur. Majlis pra pelancaran album Belagu 2 oleh Dayang Nurfaizah di Liberal Latte. - M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maestro muzik popular, Aubrey Suwito berpendapat, seseorang pemuzik perlu bekerjasama dengan penyanyi baru dan lama serta menghasilkan karya diterima masyarakat pelbagai lapisan untuk kekal relevan.

“Pemuzik mudah dilupakan. Lihat sahaja komposer era 1970-an atau 1980-an, apakah mereka masih berkarya?

“Matlamat saya adalah untuk menjadi pemuzik yang relevan. Disebabkan itu, selain artis lama, saya juga bekerjasama dengan penyanyi popular semasa seperti Ernie Zakri dan ramai lagi.

“Saya tidak mahu esok lusa orang berhenti menggunakan khidmat saya. Jadi, saya mahu terus relevan, sama ada untuk hari ini dan pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Turut dikenali sebagai pengubah dan penerbit lagu prolifik, Aubrey pernah menghasilkan pelbagai lagu yang mencetus fenomena seperti Gemilang yang dinyanyikan Jaclyn Victor.

Aubrey sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila menghasilkan lagu Menuju Puncak untuk rancangan realiti popular, Akademi Fantasia dan Akademi Fantasi Indosiar.

Berkongsi pandangan tentang penyanyi tempatan, Aubrey menyifatkan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah mempunyai kredibiliti setanding penghibur antarabangsa lain.

“Saya bekerja dengan ramai penyanyi luar negara. Namun, kualiti penyanyi tempatan sepert Siti Nurhaliza, Dayang serta ramai lagi berdiri sama tinggi dengan penyanyi popular luar negara. Mereka semua ada kelainan tersendiri,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya