Saya bukan kaki kikis! - Zarina Anjoulie

Saya bukan kaki kikis! – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Anjolulie kesal apabila segelintir pihak menganggap dirinya sebagai kaki kikis gara-gara isu hadiah pagar rumah daripada bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul.

Zarina, 36, berkata tuduhan itu tidak berasas kerana dia tidak pernah meminta wang lelaki tersebut berhubung pembinaan pagar yang dikatakan bernilai puluhan ribu ringgit.

“Mengapa ada tuduhan seperti itu? Untuk pengetahuan, saya tak pernah kikis dia. Malah, saya bukan kaki kikis!

“Saya harap netizen jangan tuduh saya kaki kikis. Sudah-sudahlah! Berhenti cakap macam-macam kerana saya sedih dengan tuduhan begitu,” katanya dalam satu hantaran menerusi Instagram, semalam.

Dalam perkongsian sama, Zarina menjelaskan, pagar mewah tersebut merupakan hadiah daripada bekas tunangnya.

“Dia yang berikan sebagai hadiah dan ia dilakukan atas kerelaannya sendiri. Dia yang nak beri tajaan, tetapi dia tidak bayar penuh pun.

“Dia cuma bayar RM30,000 kepada kontraktor terbabit dan saya kena tanggung lebihan kos,” katanya.

Zarina berkata, dia juga hairan mengapa Khazrul terus mengungkit isu itu, sedangkan ada perkara lain boleh diperkatakan.

“Kenapa dia nak bising pasal pagar? Kenapa tak bising pasal rumah? Hari itu beriya-iya muat naik pasal dia belikan saya rumah.

“Mana rumah itu? Demi content (kandungan) orang tua gila glamor ini, saya layankan.

“Walhal mak bapa saya bising kat dia dan cakap itu bukan rumah saya. Kenapa nak kena muat naik perkara begitu hanya untuk secebis kandungan? Adakah semata-mata nak tunjuk diri berduit?” katanya.

Terdahulu, Zarina dan Khazrul dikhabarkan mengikat tali pertunangan tanpa menjelaskan tarikh sebenar.

Namun, tidak sampai dua minggu bertunang, mereka memberi bayangan hubungan dilanda masalah apabila masing-masing memadam gambar serta video bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya