Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di belakang balai polis - Utusan Malaysia

Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di belakang balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di belakang balai polis Bayan Lepas, dekat sini pukul 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Jelas beliau, polis turut menemukan sepucuk pistol bersama mangsa.

“Mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di balai polis Bayan Lepas.
“Kes masih dalam siasatan dan polis menasihati orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN