Saman 53 kenderaan dalam tempoh kurang 3 jam - Utusan Malaysia

Saman 53 kenderaan dalam tempoh kurang 3 jam

SEBANYAK 53 buah kenderaan disaman atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan oleh JPJ Pulau Pinang berhampiran Jalan Ampang Jajar, Butterworth, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak 53 buah kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar Jalan Ampang Jajar, di sini Sabtu lalu.

Menurut JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan, operasi selama dua jam setengah itu bermula kira-kira pukul 9 pagi dan melibatkan seramai 12 anggota secara keseluruhannya.

Jelas kenyataan itu, penguatkuasaan dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 297 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, terdapat beberapa kesalahan teknikal lain yang turut dikesan seperti menggunakan cermin gelap, lampu isyarat kenderaan dan brek yang tidak berfungsi, pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran serta nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Pulau Pinang turut menasihatkan pengguna jalan raya di negeri ini supaya mematuhi pada peraturan dan undang-undang semasa pemanduan.

Pada masa sama, mereka juga diingatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa di jalan raya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.