Salah guna kuasa: Pengurus bahagian anak syarikat kerajaan negeri Terengganu ditahan - Utusan Malaysia

Salah guna kuasa: Pengurus bahagian anak syarikat kerajaan negeri Terengganu ditahan

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang Pengurus Bahagian di sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat menyalahgunakan kuasa dengan memberikan kerja pembekalan kira-kira lebih 100 keping kad sim bernilai lebih RM4,000 kepada anaknya.

Penahanan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dilakukan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM, Kemaman kira-kira pukul 2 petang tadi.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kad sim itu adalah untuk pekerja di anak syarikat kerajaan negeri berkenaan.

Kata sumber, namun kerja pembekalan kad sim diberikan suspek kepada anaknya yang juga ejen kepada sebuah syarikat telekomunikasi, tahun lalu.

“Pembayaran bagi kerja pembekalan kad sim berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Pengurus Bahagian terbabit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kata beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.