RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama, kali kedua Jumaat ini - Utusan Malaysia

RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama, kali kedua Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, rang undang-undang berkenaan akan dibentang untuk bacaan kali kedua pukul 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijadual dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, ahli Parlimen dijadual mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar selama enam hari dan peringkat jawatankuasa selama 10 hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN