KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan, sasaran utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini adalah kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi hanya kepada kes kecil. Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SPRM akan melaksanakan siasatan dan pencegahan berkesan, yang pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat, dalam usaha kerajaan menangani rasuah. “Kalau dulu kita buang masa dan tenaga untuk tumpukan perhatian tangkap ikan bilis dan ini tidak…










