PM jalani pemeriksaan di IJN - Utusan Malaysia

PM jalani pemeriksaan di IJN

ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi hari ini.

Anwar berkata, melalui pemeriksaan tersebut doktor mengesahkan bahawa kesihatannya berada di tahap yang baik.

Oleh kerana itu, beliau terus menyambung tugasnya bersama staf walaupun hari ini merupakan cuti umum dan hujung minggu.

“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di IJN. Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan dijadualkan hadir ke hari sambutan perayaan Thaipusam, hari ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN