Perkeso hanya salur geran selepas habis buat program

Perkeso hanya salur geran selepas habis buat program

Mustapha Sakmud (barisan tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed bergambar bersama para penerima selepas menyerahkan geran bantuan kewangan Perkeso pada Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Perkeso kepada Institusi dan Badan-Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 2023 di Menara Perkeso, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan institusi tempatan hanya akan dapat menerima geran pencegahan kemalangan pekerjaan selepas habis program dilakukan.

Perkara itu antara ditegaskan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohamed untuk mengelak berlaku isu ketirisan dan ia adalah hasil keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Bencana Kerja oleh agensi tersebut baru-baru ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Perkeso akan membuat pemantauan ke atas prestasi pelaksanaan program yang sudah pun dibuat pada setiap tempoh tiga bulan,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Perkeso kepada Pelbagai Institusi dan Badan Bukan Kerajaan 2023, di sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Mohd. Anuar Embi.

Mohammed Azman berkata, proses ketat penyaluran kali ini setelah mengambil iktibar daripada isu tuntutan palsu ramai majikan bagi Program Penjana Kerjaya.

“Jika ada penerima geran didapati tidak dapat melaksanakan program yang dirancang, Perkeso akan semak semula peruntukan itu dan disalurkan kepada pihak lain. Kita mengingatkan penerima dana itu bahawa tuntutan kewangan dan laporan program perlu dihantar kepada Perkeso dalam tempoh 14 hari.

“Tindakan itu harus diserah setelah program dijalankan dengan tuntutan terakhir ialah pada minggu pertama November depan untuk aktiviti selesai hujung Oktober ini. Usaha ketat sedemikian bukan baharu kerana sepanjang tahun lalu, Perkeso cuma dapat menyalurkan geran untuk 536 program daripada keseluruhan 613 program dirancang,” katanya.

Sedangkan kata Mohammed Azman, agensi itu memperuntukkan sejumlah RM3.57 juta kepada 38 penerima tetapi hanya RM2.3 juta telah yang dibelanjakan pada tahun lepas.

Menyentuh isu ketirisan skim Penjana Kerjaya, beliau mengesahkan ia hasil kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak April 2021 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.