Perahu hilang: Seorang lemas, enam berjaya diselamatkan

Perahu hilang: Seorang lemas, enam berjaya diselamatkan

MAYAT mangsa ditemuikan lemas terapung jarak lima kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Song, Kapit pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam dijumpai terapung lima kilometer daripada lokasi karam di Sungai Song, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.57 pagi berhubung kejadian.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, Komander Operasi, Rin Aho melaporkan mayat dijumpai 5km dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas dan mayat telah dibawa ke jeti Song”.

“Mayat kemudiannya telah diserah kepada pihak polis dan operasi ditamatkan,” katanya hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Gawing Mancha, 47 tahun.

Pada Isnin seorang lelaki berusia 47 tahun dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaikinya bersama enam yang lain karam dalam kejadian di Sungai Song, Kapit, lewat malam Ahad.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Rumah Ekeh Nanga Pan menuju ke Song Kapit kira-kira pada jam 11.17 malam tadi.

“Pihak bomba yang sedang melakukan rondaan Monson Timur Laut didatangi orang awam yang memaklumkan kejadian itu dan pasukan terus bergerak ke lokasi,” jelasnya.

Tambahnya lagi, setibanya pasukan di lokasi berkenaan mereka mendapati perahu berkenaan telah karam manakala enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dan seorang dikhuatiri masih hilang.

“Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Gawing Mancha, berusia 47 tahun manakala dua mangsa yang selamat pengsan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, fenomena pertembungan ombak Sungai Song dan Sungai Rajang dikenal pasti sebagai punca kejadian perahu karam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Rowney Michael Jalak berkata, akibat ‘dipukul’ ombak sungai berkenaan, kesemua mangsa terjatuh ke dalam sungai termasuk Gawing Mancha, 35, yang masih belum ditemui.

“Berdasarkan maklumat awal, seramai tujuh orang termasuk lima lelaki dan dua wanita menaiki perahu untuk ke Pekan Song dari Rumah Ekeh Nanga Apan apabila nahas itu berlaku sekitar jam 11.00 malam tadi,” katanya.

Manakala, seorang kanak-kanak berusia dua tahun merupakan antara enam mangsa yang terselamat.

Rowney turut menambah, usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pada pukul 12.15 tengah malam tadi, namun terpaksa dihentikan pada pukul 2 pagi atas faktor keselamatan dan keadaan arus Sungai Rajang yang deras serta cuaca gelap.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan 21 orang termasuk enam anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song, lima anggota anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, serta empat petugas Kementerian Kesihatan. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya