Pelajar maut motosikal bergesel ketika ditunggang laju

Pelajar maut motosikal bergesel ketika ditunggang laju

LOKASI kemalangan maut membabitkan seorang pelajar di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas dua buah motosikal dinaiki mereka bergesel dipercayai akibat berlumba haram di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 2.05 pagi itu menyebabkan Muhammad Nafiz Mohd. Nazaruddin, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula Jaya, Tikam Batu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Rakannya, Mohammad Rohelmy Noor Hizar, 20, pula mengalami luka dan calar di bahagian badan serta masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dan rakannya menunggang motosikal jenis Honda RS ketika kejadian.

“Kedua-dua mereka dipercayai menunggang dalam kelajuan yang tinggi dari arah Gurun ke Sungai Petani. Impak pelanggaran yang kuat menyebabkan kedua-dua motosikal itu terbabas ke kiri jalan dan mangsa tercampak sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Zaidy, pemeriksaan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu, sementara keterangan rakannya belum diambil kerana masih menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.