PETALING JAYA: Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (Masat) berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,291 bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan tragedi gempa bumi di negara itu, baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa Bahagian Kebajikan Masat, Nur Dini Mohd. Rodzi berkata, jumlah tersebut adalah setakat 2.20 petang 10 Februari iaitu kali terakhir mereka mengemaskini dana itu. Katanya, kutipan itu akan diagih terlebih dahulu kepada para pelajar Malaysia di Turkiye yang terkesan dengan gempa bumi…










