Pas pernah janji mansuh PTPTN PRU14 - Rafizi

Pas pernah janji mansuh PTPTN PRU14 – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Cermin diri dahulu sebelum mahu mempolitikkan isu pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebenarnya perlu sedar diri bahawa parti komponen mereka iaitu Pas yang pernah berjanji memansuhkan hutang PTPTN pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, beliau kesal kerana pihak pembangkang membawa naratif bahawa Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan penghapusan hutang PTPTN.

“Saya akan semak Penyata Rasmi Harian (Hansard) Parlimen dahulu kerana mereka (pembangkang) tidak sebut secara terperinci sama ada penghapusan hutang itu secara bersasar atau tidak.

“Saya dengar dalam ucapan (di Dewan Rakyat), mereka sebut hutang PTPTN di mana gambaran merujuk kepada menghapuskan hutang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, PH sebenarnya terlepas ruang untuk mereformasi PTPTN masa PRU13 dan ketika itu, hutang PTPTN sekitar RM20 bilion berbanding RM50 bilion ketika ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, sebaik sahaja kadar hutang PTPTN itu melepasi angka tertentu, maka tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Rafizi mendakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membuat kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu pemansuhan pinjaman PTPTN dalam manifesto PH pada PRU15, baru-baru ini.

Katanya, Wan Ahmad Fayhsal perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan fitnah terhadap PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya