KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertolak ke Turkiye malam ini bagi memberi sokongan moral terhadap mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda di negara itu, awal bulan ini. Katanya, beberapa pemimpin negara luar juga telah sampai ke Turkiye dan membuatkan beliau juga perlu mempertimbang untuk ke sana. “Saya telah diminta oleh Presiden Turkiye (Recep Tayyip Erdogan) untuk segera ke sana bagi memberi sokongan moral, dan saya sedang mempertimbang…