Olla Ramlan cetus kontroversi gara-gara baju jarang - Utusan Malaysia

Olla Ramlan cetus kontroversi gara-gara baju jarang

JAKARTA: Selebriti Indonesia, Olla Ramlan, 42, dikecam hebat netizen selepas memuat naik gambarnya berbaju jarang sehingga menampakkan pakaian dalamnya.

Lapor Suara.com, Olla yang pernah membintangi filem Suami-Suami Takut Isteri The Movie mengenakan kemeja putih dengan denim memuat naik gambar bersama anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, personaliti televisyen itu turut menyertakan kapsyen berbentuk nasihat dalam bahasa Inggeris.

“Ketika semuanya terasa terlalu sulit, ingatlah untuk siapa anda melakukannya,” tulis Olla.

Foto yang dimuat naik itu bagaimanapun, mencetus perbalahan netizen yang lebih memfokuskan baju dipakai Olla kerana dianggap terlalu jarang dan tidak sesuai, apatah lagi dengan imej bertudung.

“Kalau ingin kelihatan seksi, jangan pakai tudung. Ia hanya merosakkan syariat Islam. Mohon maaf saya hanya memberi peringatan,” kata netizen.

“Buang sahaja tudungnya kerana bajunya jarang sehingga terlihat pakaian dalam. Mohon maaf kalau saya salah lihat,” tegur warga maya lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN