PETALING JAYA: Sistem kesihatan awam semakin kritikal sehingga negara terpaksa menyaksikan seorang doktor perlu merawat 1,000 pesakit sedangkan ratio doktor dan pesakit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2021 adalah 1:420 di sektor awam serta swasta. Ketidakseimbangan itu kemungkinan menjadi lebih teruk susulan pendedahan oleh portal berita kesihatan, Code Blue bahawa 70 peratus petugas kementerian terbabit mahu berhenti kerana tidak puas hati dengan sistem penjagaan kesihatan negara. Pada masa…










