Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, bantu bangkit teruskan hidup

Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, bantu bangkit teruskan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Simpati dengan nasib yang dialami isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, netizen bersepakat memberikan sokongan penuh terhadap wanita itu.

Menerusi status yang diulang siar dalam Instagram Story milik Nurul, seorang warga maya meminta wanita itu menjalankan perniagaan menerusi akaun media sosial.

“@shushukriii pergi bukan akaun TikTok, kami wanita nak beri sokongan pada awak dan anak-anak dekat TikTok dan Instagram.

“Buat sahaja apa-apa perniagaan kami nak sokong,” katanya.

Pada masa sama, netizen mahu Nurul menjadi seorang wanita yang kuat, cekal dan tidak menjadi mangsa penindasan lelaki.

“Jangan biar diri ditindas, kau boleh pergi lebih jauh. Ayuh, bangkit!” ujarnya.

Nurul yang terharu dengan limpahan sokongan tersebut dan mendoakan segala kebaikan kepada semua orang yang menyokongnya.

“Terima kasih Ya Allah, semoga berbaliklah segala kebaikan untuk semua yang mendoakan Shu dan anak-anak,” katanya.

Menerusi satu laporan akhbar semalam, Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga.

Setakat ini, Hafidz masih gagal dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Sebelum ini, pelakon Melastik Ke Hatimu itu terpalit kontroversi kononnya berlaku curang terhadap isterinya.

Malah, Hafidz juga telah memadam semua gambar Nurul Shuhada dengan alasan wajah isterinya untuk tatapan dirinya sahaja.

Nurul Shuhada sebelum itu pernah meninggalkan komen sinis pada hantaran Hafidz yang dikatakan merujuk kepada dakwaan curang suaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya