Nadma usahakan hantar unit K9 malam ini - Utusan Malaysia

Nadma usahakan hantar unit K9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan cuba mengusahakan untuk menghantar unit anjing pengesan (K9) bersama dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua atau MAS-10 malam ini. 

Ia bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bencana gempa bumi di Turkiye. 

Menurut laporan harian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Turkiye yang dikeluarkan Nadma, penghantaran unit K9 bersama pasukan pertama SMART sebelum ini tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa kekangan prosedur semasa di Malaysia mahupun Turkiye. 

“Penghantaran unit K-9 masih diusahakan, namun bergantung kepada proses dan situasi semasa,” menurut laporan itu. 

Disember lepas, unit K9 mendapat perhatian dan liputan meluas selepas terlibat dalam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh di Fathers’ Organic Farm, berdekatan Batang Kali.

Beberapa unit K9 yang terlibat itu dipuji sebagai wira apabila berjaya menemukan mangsa yang tanah runtuh itu yang  tertimbus lebih kurang tiga atau empat kaki kedalaman. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN