Miss Universe Malaysia platform ketengah potensi negara

Miss Universe Malaysia platform ketengah potensi negara

TIGA pemenang Miss Universe 2022 bergambar ketika dalam melakukan lawatan rasmi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik lesen terbaru Miss Universe Malaysia, Just Capella Sdn. Bhd. (Just Capella) membuka peluang pencarian baharu wanita berkelayakan dan berkebolehan untuk mewakili negara ke peringkat seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Westin Chew berkata, melalui pemilikan lesen tersebut, pihaknya membuka peluang tersebut menerusi kelayakan tertentu dan berkebolehan untuk mewakili negara ke peringkat seterusnya.

Malah katanya, pencarian bakat penting dalam usaha mengetengahkan nama negara dalam aspek keseluruhan meliputi kepelbagaian budaya dan warisan.

The Miss Universe Malaysia dapat membantu membawa jenama ke tahap yang lebih tinggi secara kualitatif, melalui penyertaan wanita memiliki kemahiran, kreativiti dan berinovasi untuk menyertai pertandingan ratu cantik yang berprestij itu.

“Kami akan memperkenalkan beberapa proses baharu melalui pelbagai aktiviti dan penjurian bagi memastikan integriti, ketelusan, kejujuran dan keadilan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Miss Universe Malaysia adalah pertandingan ratu cantik yang dilaksanakan secara tahunan untuk memilih wakil dari negara ini untuk digandingkan bersama dengan wakil-wakil dari negara lain untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik nombor satu dunia.

Tahun lalu, seorang pengacara, Lesley Cheam telah dinobatkan sebagai Pemenang Miss Universe Malaysia untuk mewakili negara ke pertandingan Miss Universe di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat manakala pereka fesyen kelahiran Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel, 28 telah dinobatkan sebagai juara Miss Universe.

Pemenang R’ Bonney Gabriel dan Naib Johan Andreina Martinez Gounier peserta lima terakhir Miss Universe 2022 Gabriela Dos Santos dibawa ke Malaysia baru-baru ini bagi memperkenalkan pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, Chew menjelaskan, Miss Universe Malaysia juga mampu menjadi platform terbaik yang menyediakan peluang kepada wanita untuk mengubah diri kearah personaliti yang lebih positif dan lebih profesional bagi membolehkan mereka berbakti menjadi pemimpin yang berinspirasi tinggi kepada komuniti dan peminat.

“Pertandingan ini juga akan membolehkan mereka berdikari dan bersinar untuk selamanya. Kami berkeyakinan bahawa pertandingan Ratu Cantik bukan sekadar pertandingan berkaitan kecantikan tetapi mengenai inisiatif untuk membimbing wanita memberi impak positif kepada komuniti,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya