Mesyuarat bincang bubar DUN minggu depan - Utusan Malaysia

Mesyuarat bincang bubar DUN minggu depan

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Mesyuarat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan serentak dijadualkan berlangsung minggu depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat itu akan dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi keenam-enam negeri menentukan tarikh bersesuaian untuk pembubaran DUN masing-masing.

“Mesyuarat bakal diadakan minggu depan bersama Menteri Besar Selangor yang mengaturkan perjumpaan tersebut.

“Tempoh masa pembubaran DUN semakin hampir. Jika tiada perjumpaan sekalipun, PRN akan tetap diadakan dan mungkin sesuai berlangsung Jun atau Julai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Taman ARmenian, di sini hari ini.

Awal bulan ini, Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Jun depan.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan DUN Kedah akan dibubarkan selepas 18 Jun depan bagi membolehkan PRN diadakan.

Untuk rekod, PRN membabitkan keenam-enam negeri berkenaan perlu diadakan selewat-lewatnya pada Julai tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya