PETALING JAYA: Menu Rahmah yang diperkenalkan pada kadar RM5 tidak mampu bertahan sekiranya harga bahan mentah terus meningkat. Ini disebabkan kos tinggi yang ditanggung peniaga terutamanya peniaga kecil boleh memberi risiko kerugian. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun memberi jaminan harga Menu Rahmah di pasar raya itu akan terus kekal untuk tiga bulan pertama diperkenalkan. “Apabila dilancarkan sahaja menu ini, ada cakap ini semua hanya hangat-hangat tahi ayam.…










