Menteri Kesihatan jumpa doktor kontrak Rabu ini

Menteri Kesihatan jumpa doktor kontrak Rabu ini

Menteri Kesihatan akan berjumpa dengan doktor kontrak Rabu ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun agak terlambat, Gerakan Hartal Doktor Kontrak masih berharap sesi Townhall Bersama Menteri Kesihatan dapat menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu mereka selama ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata, pihaknya berharap pertemuan antara Menteri Kesihatan dan kumpulan doktor kontrak dapat meluahkan segala permasalahan berkaitan khususnya membabitkan masa depan dalam perkhidmatan kerajaan.

“Pihak kami baharu sahaja dihubungi pegawai pejabat Menteri yang memaklumkan pertemuan ini. Kami mengalu-alukan hasrat Dr. Zaliha untuk bertemu dengan kami dalam masa terdekat,”
katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Dr. Zaliha menerusi akaun Twitter memaklumkan Kementerian Kesihatan akan mengadakan sesi townhall bersama doktor kontrak di kementerian itu di Putrajaya pada 22 Februari ini.

Kumpulan doktor kontrak sebelum ini memberitahu, pihaknya mahu mengadakan mogok sekiranya Menteri Kesihatan tidak bertemu dengan pihaknya dalam masa terdekat.

Doktor kontrak menghadapi risiko kontrak mereka tidak diperbaharui selepas tempoh lima tahun kerana status kontrak itu juga menyaksikan mereka tidak menikmati faedah yang sama berbanding rakan sejawatan mereka yang bertaraf jawatan tetap, termasuk peluang yang saksama untuk melanjutkan kerjaya mereka dalam pengkhususan.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak semalam memberitahu, pihaknya tidak akan mogok sekiranya Dr. Zaliha mengadakan pertemuan sejurus dilantik sebagai Menteri Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN