Malaysia mampu harungi kelembapan ekonomi dunia

Malaysia mampu harungi kelembapan ekonomi dunia

DR. Mahathir Mohamad ketika menjadi panel pada Forum Usahawan Bumiputera di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mampu mengharungi kelembapan ekonomi dunia tahun ini didorong potensi eksport negara yang kukuh dan stabil.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau percaya Malaysia akan terselamat kerana ada barangan yang mendapat pasaran begitu tinggi di luar negara termasuk industri sarung tangan dan komponen pembuatan.

Bagaimanapun, katanya, situasi berbeza dihadapi ekonomi dalam negara yang mana kerajaan setakat ini belum dapat menangani isu kos sara hidup didepani rakyat.

“Pasaran eksport kita memang berjaya tetapi keadaan ekonomi dalam negara iaitu kos sara hidup masih tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih. Secara dasarnya, golongan tertentu termasuk miskin masih tidak mendapat makanan mencukupi, tiada kerja dan tidak boleh menerima ekonomi kita tumbuh dengan pesat,” katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada Forum Usahawan Bumiputera, ‘Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera dan Cabaran Masa Hadapan’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau mengakui ekonomi dalam negara masih berada pada tahap membimbangkan, malah ia belum diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan pada hari ini belum ada rancangan untuk mengurangkan isu kos sara hidup tinggi yang dihadapi rakyat.

“Kalau ayam mahal tak payah makan ayam, itu bukan penyelesaian yang baik,” katanya.

Ditanya apa usaha boleh dilakukan kerajaan untuk mengatasi isu berkenaan, Dr. Mahathir berkata, beliau mahu isu rasuah ditangani sepenuhnya, barulah isu kos sara hidup dapat diatasi.

Menurutnya, kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa dan apabila setiap urusan diselitkan elemen rasuah, ia akan menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal.

“Banyak benda yang harganya murah tapi bila dicampur dengan rasuah, harganya meningkat, menyebabkan kos sara hidup meningkat. Ada juga perkara-perkara lain tapi rasuah di antara yang menyebabkan kos sara hidup di Malaysia tidak dapat diturunkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN