Lembah Klang, Pantai Timur diramal hujan lebat hingga 7 malam

Lembah Klang, Pantai Timur diramal hujan lebat hingga 7 malam

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di sekitar Lembah Klang dan Pantai Timur, sehingga pukul 7 malam ini. 

Menerusi satu catatan di Facebook, cuaca berkenaan dalam masa sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Kuala Krai); Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin). 

“Selain itu di Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson). 

“Seterusnya di Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya. 

Met Malaysia menambah, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN